Friday, June 7, 2013

MASJID AL-HIKMAH. MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-IKHLAS

Masjid Al-hikmah tersergam indah. 
Kami menjemput muslimin dan muslimah bersama-sama bersolat berjemaah disini...

RAYUAN SUMBANGAN IKHLAS

Kuasa Sedekah

" Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Agama Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakki-Nya dan Allah Maha luas rahmat kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."(Surah al-Baqarah:261)




RAYUAN SUMBANGAN BAGI TUJUAN PEMBINAAN ASRAMA DAN KELAS PELAJAR PEREMPUAN  DAN KOS OPERASI MAAHAD

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) sedang merancang untuk membina asrama dan kelas bagi pelajar perempuan dan kos operasi maahad, bangunan yang akan didirikan ini adalah merupakan perancangan pembinaan fasa kedua.

2.         Perbelanjaan bagi kerja-kerja ini adalah dianggarkan menelan belanja sekitar        RM 200,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu).  Kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan dan segala sumber perbelanjaan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan derma daripada orang ramai.Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat kos operasi Maahad dalam sebulan sebanyak RM 7000.00 terpaksa di tanggung maahad.

3.         Justeru itu, pihak Jawatankuasa Pembinaan Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas (MTAQI) merayu kepada muslimin dan muslimat yang prihatin untuk menghulurkan serba sedikit sumbangan bagi mengisi tabung kos operasi dan pembinaan tersebut. Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk TUNAI (melalui wakil amanah di atas), CEK(berpalang), BANK DRAF atau secara  BANK-IN  terus ke dalam

akaun Bank Islam, Nombor akaun: 03-018-01-014961-6 atau
akaun simpanan al-Wadiah Maybank  - No.akaun: 153083168459.
atas nama   MAAHAD TAHFIZUL QURAN AL-IKHLAS 

Semoga semua usaha kita akan diberkati Allah SWT. Amin…………
Sekian, terima kasih.
Yang benar,


……………………………………………
(UST. HJ. MISWAN BIN HJ. MAT ISA)
Pengerusi,Ma’ahad Tahfizul Qur’an Al-Ikhlas
Lot 3165, Kg. Wakaf Zin, Tawang,16020,
Bachok, Kelantan.  Tel no: 017-9727391 (Ust. Din)

Kuasa Sedekah

" Bandingan derma orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Agama Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakki-Nya dan Allah Maha luas rahmat kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Surah al-Baqarah:261)

Selamat Datang












Thursday, June 6, 2013

KRONOLOGI PERBINAAN

Pembinaan giat di jalankan secara gotong royong, para pelajar bertungkus lumus berkhidmat untuk menyiapkan pembinaan, sumbangan berbentuk material amat di perlukan, sila hubungi Ust Din (Mudir -Ma'ahad) untuk menyalurkan sumbangan anda di no: H/S 017-9727391

PEMBINAAN BANGGUNAN DARUSHIFA DAN KELAS HAFIZAH




Kelas dan asrama hafizah dalam pembinaan

Ustaz Din dan Ustaz Mahadi
Depan tapak pembinaan asrama dan kelas hafizah, sumbangan anda amat di perlukan...
..

 USTAZ MAHADI SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK MAJUKAN AGAMA

Hanya Kerana Sedekah Sekupang

"Adik payung ni berapa harga?" tanya ku kepada adik penjaga gerai.
"Satu RM14.90 kak," jawabnya.
"Ok lah akak nak beli satu yang ini," sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku, namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
"Ambillah dik akak sedekah sekupang ni."
 Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. Kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
"Kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan," salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
"Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya," dia memberitahu.
"Hmm bolehlah dik, bungkus dua," kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
"Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak," terpana aku seketika, alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan dibayar tunai. Subhanallah... alhamdullillah... nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah itu umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di akhirat iaitu; 
5 kebaikan di dunia :
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

5 kebaikan di akhirat pula ialah :
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan)
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah.. ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.